Profil
PENDAHULUAN
Asrama SMKTU (yang kini
dikenali sebagai Asrama Sri Kandi Sekolah Menengah Kebangsaan To’ Uban)
dahulunya dikenali sebagai Asrama Puteri Sekolah Menengah Kebangsaan To’
Uban. Ia mula beroperasi pada 01 Ogos 1989 dengan jumlah penghuni
seramai 50 orang. Pada tahun 1997, jumlah penghuni bertambah
kepada 70 orang dan 80 orang pada tahun 1999.
Angka ini makin meningkat di mana mulai tahun 2001 bertambah menjadi 100
orang. Memandangkan sambutan pelajar
yang makin meningkat, pihak sekolah tepaksa menjadikan dewan makan lama sebagai
sebuah lagi bilik. Mulai tahun 2002,
bilangan penghuni asrama menjadi 120 orang.
Angka ini meningkat kepada 200 orang mulai Januari 2004 sebaik sahaja bagunan
baharu yang bernilai RM 5.4 juta siap dibina.
RASIONAL
Asrama Srikandi SMKTUmemberi peluang tempat tinggal, makanan yang berkhasiat dan seimbang, suasana pembelajaran yang sempurna serta melahirkan pelajar yang berpotensi, berdikari, berdisiplin dan berwawasan.
OBJEKTIF
1. Memberi peluang dan kemudahan kepada pelajar-pelajar miskin yang berpotensi dalam pelajaran.
2. Membina semangat secara bekerjasama dan cara belajar yang lebih efisyen ke arah peningkatan kualiti pembelajaran.
3. Melahirkan pelajar yang berdisiplin.
4. Mewujudkan iklim asrama yang harmonis dan ceria.
5. Memupuk potensi dalam sifat kepimpinan dalam kalangan penghuni asrama.
6. Memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati kemudahan yang lebih sempurna berbanding di rumah mereka.
MISI
1. Mewujudkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan SMKTU.
2. Membantu dalam meningkatkan pencapaian prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum dari segi kualiti dan kuantiti berbanding tahun-tahun sebelumnya.
3. Membina semangat permuafakatan dan kerjasama serta ikhlas dalam memberikan pengorbanan masa dan tenaga para pelajar, guru dan kakitangan, ibu bapa serta masyarakat setempat ke arah pencapaian prestasi akademik yang memberangsangkan.
4. Menanam sifat kesungguhan untuk belajar kepada setiap pelajar demi kejayaan masa hadapan melalui program motivasi terancang.
5. Membentuk sifat keperibadian yang tinggi, semangat bekerjasama dan bertanggungjawab dalam diri pelajar.
PIAGAM ASRAMA SRI KANDI SMKTU
# Memberi kemudahan tempat tinggal dan makan minum
# Mendapat pembelajaran yang sempurna
# Melahirkan pelajar yang berpotensi, berakhlak mulia, berdisiplin, berdaya maju dan berwawasan
# Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum
# Melatih pelajar berdikari dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara
Comments
Post a Comment